He’s gonna have his second.
I’ve lost mine 2 years ago.
Another Year
17 06 2011Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Untung Sabut Timbul
26 01 2011Untung batu, tenggelam macam blog ni.
I can’t recall when was my last entry posted, but i know it has been awhile. Alasan biasa, busy dan got other stuff to take care.
Nak delete, sayang. Sebab this is the only place boleh cakap (type) sesuka hati sesedap rasa. My other blogs diketahui ramai kenalan dan kalau google my name the blog would be on the top of the list.
Oh, bukanlah mahu menyembunyikan perkara sebenar dari teman-teman seperti aku perokok tegar or whatever it is. Ramai je tahu. Akan tetapi, kadang-kadang kita just need a private space, untuk meluahkan apa yang patut.
Then, kenapa nak blog? Kenapa tak tulis kat A4 paper and toss it away. Tulis dalam blog pun ada orang baca.
Hurm, explaination paling logik yg terfikir oleh aku ialah, I’ve mentioned before it would be a place to pour my heart out no matter how happy,sad, bad etc it is. Tapi sebab ada setengah perkara adalah tak patut diketahui oleh orang yg dikenali, tapi perasaan tersebut patut dikomentar oleh orang lain supaya penulis (aku lah tu) bole menimbang baik kewajaran perasaan tersebut. That’s why I blog since years ago. To tell my feelings, but sometimes I need people untuk tegur adekah perasaan ketika berblog tersebut wajar atau tidak. And that’s why I created this blog anonymously (almost).
Tapi blogsphere sekarang dah tak macam dulu. Sekarang orang blog untuk duit.
p/s: rasa macam nak tukar url blog ni.
Toodles =)
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Ini Rahsia Kita
20 08 2010Hai.
Saja rindu pada blog ini.
Semua blog pun aku tak update, tiada keinginan dan kemahuan serta idea.
Aku rasa macam mahu tukar la url blog ini. Lagipun aku rasa orang shares secret dengan aku dulu dalam blog ni dah tak bertandang ke sini. Lagipun dia ada blog lain yang wajib dibaca.
Blog, rahsia.
Yeah, this is the blog that i can be most honest. Itu kelebihan blog ni =)
I’m sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
..one republic::secrets..
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
8th Ramadhan
18 08 2010Hola.
Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat.
Kepada yang berpuasa kerana Allah dan tak mencaci orang yang berpuasa kerana Tuhan dan agama dia.
Me no angel. Aku banyak dosa. Aku banyak ingkar dengan suruhan Tuhan. Tapi aku masih ada rasa takut dengan Tuhan. Sekurang-kurangnya pada Tuhan yang aku percaya, the one that I have faith in. Aku takut jadi manusia yang tiada agama, sebab kalau aku sesat atau jatuh tergolek nanti aku tiada tempat nak turn to. Seperti apa yang aku belajar masa ambil Tasawwur Islam zaman SPM dulu, memang naluri manusia untuk mengadu, turn to atau kembali kepada Higher Power apabila mereka susah atau sakit. It’s human nature.
Aku tak mahu kata lebih pada orang yang mengeji orang Islam yang berpuasa kerana Tuhan mereka atau orang yang benci Tuhan orang lain seperti mamat kontroversi, Salleh Gregor Samsa tu. Sebab aku rasa aku pun banyak dosa juga. Tapi the funny thing is tentang this guy, dia marah orang paksa dia percaya pada Tuhan, dia kata dia lebih selesa tiada agama dan dia tak suka orang pertikaikan pegangan dia, kepercayaan dia. Tapi kan, kenapa he do the very same thing to the Muslims? Biarlah orang Muslim melakukan apa yang mereka nak, apa yang mereka percaya. Tak perlu rasanya kau maki caci keji mereka, walaupun kau tak suka dilabel sebagai Muslim, pergi saje tukar nama dan agama kalau kau betul-betul mahu murtad. Eh, Muslim yang caci keji agama lain pun, janganlah macamtu. Kebanyakan mereka born with the religion yang dianut oleh parents mereka. Kalau boleh dakwah mereka memeluk Islam bukankah lagi bagus dari mencaci?
Hm actually setelah bertahun blogging, ini first time aku bercerita tentang agama sebanyak ini. Seperti aku kata, i’m no angel, aku memang banyak dosa. Tapi tak salah kan bercerita tentang kebaikan agama, sebab macam bercerita kepada diri sendiri. Mana tahu, hati boleh dipujuk lagi supaya lebih dekat dengan Tuhan.
Eh, aku sebenarnya nak ucap selamat berpuasa.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Sebenarnya aku nak taip ada satu hadith yg bermaksud “Rejab bulan Tuhanku, Sya’aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Tapi terbuka link ni cakap ini adalah hadith palsu. Betul ke? Aku curious ni, jom pegi siasat.
Ok, toodles =)
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
bila teringat
3 08 2010tengok baby comel,
tengok baby baru lahir..
sedih pula rasanya.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Why Need To Chose When U Can Have Both
30 06 2010Hola!
Serasanya, setelah meninggalkan blog ni berpuluh abad (exaggerate), sudah tiada stops by..
So I was thinking, maybe it’s safe to pour out, i mean really really pour out what I want to.
Aku rasa semua fasa hidup aku dah lalui. Be it being a kid, a teenager, a woman and a…forget it. Rasanya sudah lupa how to flirt and be hit on. Haha, kasihan sungguh.
Sekarang, sekarang I am still with(mungkin with, tiada perkataan terbaik) the guy who I love macam nak mati, the same guy who breaks my heart over and over again endlessly tapi the guy who every now and then made me smitten and blushed. Ah, it’s complicated as it always is but who am I to deny my feelings? Aite?
Anyway, I know another guy who for these past few weeks had been nice to me. I can’t put him besides the other one and compare, it’s just mean. Well, he got his own way of making me happy. I didn’t say that we have something, but i got a lot to thank him as he do help me to forget ‘si heartbreaker’ itu every now and then. Makanya, like I said earlier, I do forget how to flirt and all, but ah, he made me smitten just like the way ‘si heartbreaker’ did.
Well, it’s early to tell. I’m not saying I like the guy and I wanna be with him. Tak boleh, masih awal and aku takut. Seriously without ‘huhu’ or ‘haha’. Kenapa? For knowing who I really am, it’s just impossible for me to be with a nice guy or actually I should be single until forever. Haha. Lagipun, sebagai stalker yang berjaya, he got his option open so what am I to compare to the others, right?
Tapi for now, why should I chose when I can have both.
Haha, perasanlah kau…
Toodles =)
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Sekali Sekala Teringat
27 06 2010Berzaman sudah aku tinggalkan blog ni (exaggerate).
Kenapa?
Sebab bila datang sini, aku lebih teringat kepada sesuatu yg pernah ada.
Tapi benda tu hurts my heart.
Jadi i chose not to.
Hari ni berbicara secara maya dengan seorang kawan.
Sebab dia tahu.
Dan dia juga tahu apa aku kirakan bersama.
Sepatutnya sudah 3 bulan.
Dan, aku sekarang cuba cari kekuatan baru.
Cuba ada perasaan baru.
Tapi, kalaulah it’s easy to be done than to be said.
Harapnya, blog ni tak perlu berhabuk.
Harapnya, blog ini bukan obituary.
Harapnya, dan masih berharap.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Supposedly
19 04 2010Sepatutnya..
Supposedly..
i got to see u this month..
but it will never happen..
and never will be
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
2nd March 2009 – 8th March 2010
8 03 2010Hari ini blog ini berusia setahun 6 hari.
Hari ini seperti hari-hari lain tiada nukilan sebab aku pun sudah tiada idea utk menaip.
Mungkin esok, mungkin lusa or maybe never.
But even so,
Happy Belated Birthday dearie blog.
Love u lots.
Comments : 2 Comments »
Categories : Uncategorized
Sedikit Peringatan
25 02 2010Jabat tanganku, mungkin untuk yg terakhir kali,
Kita berbincang tentang memori di masa lalu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seolah tiada bertemu lagi
::Sheila on 7::Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan::
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized