8th Ramadhan

18 08 2010

Hola.

Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat.
Kepada yang berpuasa kerana Allah dan tak mencaci orang yang berpuasa kerana Tuhan dan agama dia.

Me no angel. Aku banyak dosa. Aku banyak ingkar dengan suruhan Tuhan. Tapi aku masih ada rasa takut dengan Tuhan. Sekurang-kurangnya pada Tuhan yang aku percaya, the one that I have faith in. Aku takut jadi manusia yang tiada agama, sebab kalau aku sesat atau jatuh tergolek nanti aku tiada tempat nak turn to. Seperti apa yang aku belajar masa ambil Tasawwur Islam zaman SPM dulu, memang naluri manusia untuk mengadu, turn to atau kembali kepada Higher Power apabila mereka susah atau sakit. It’s human nature.

Aku tak mahu kata lebih pada orang yang mengeji orang Islam yang berpuasa kerana Tuhan mereka atau orang yang benci Tuhan orang lain seperti mamat kontroversi, Salleh Gregor Samsa tu. Sebab aku rasa aku pun banyak dosa juga. Tapi the funny thing is tentang this guy, dia marah orang paksa dia percaya pada Tuhan, dia kata dia lebih selesa tiada agama dan dia tak suka orang pertikaikan pegangan dia, kepercayaan dia. Tapi kan, kenapa he do the very same thing to the Muslims? Biarlah orang Muslim melakukan apa yang mereka nak, apa yang mereka percaya. Tak perlu rasanya kau maki caci keji mereka, walaupun kau tak suka dilabel sebagai Muslim, pergi saje tukar nama dan agama kalau kau betul-betul mahu murtad. Eh, Muslim yang caci keji agama lain pun, janganlah macamtu. Kebanyakan mereka born with the religion yang dianut oleh parents mereka. Kalau boleh dakwah mereka memeluk Islam bukankah lagi bagus dari mencaci?

Hm actually setelah bertahun blogging, ini first time aku bercerita tentang agama sebanyak ini. Seperti aku kata, i’m no angel, aku memang banyak dosa. Tapi tak salah kan bercerita tentang kebaikan agama, sebab macam bercerita kepada diri sendiri. Mana tahu, hati boleh dipujuk lagi supaya lebih dekat dengan Tuhan.

Eh, aku sebenarnya nak ucap selamat berpuasa.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Sebenarnya aku nak taip ada satu hadith yg bermaksud “Rejab bulan Tuhanku, Sya’aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Tapi terbuka link ni cakap ini adalah hadith palsu. Betul ke? Aku curious ni, jom pegi siasat.

Ok, toodles =)

Advertisement

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.